KEPENTINGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Pada pemulaan proses pembentukan Malaysia, ketiga-tiga kaum ini sukar memahami kebudayaan, agama, amalan dan etnik antara satu sama lain. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai bahasa yang seretak untuk berkomunikasi. Selepas itu, semakin ramai orang Cina dan India datang ke Tanah Melayu untuk kegiatan ekonomi dan mereka telah menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Hal ini dapat memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan. Dengan itu, dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Oleh itu, dapat mewujudkan masyarakat aman dan damai demi kesejahteraan hidup. Selain itu, masyarakat Malaysia juga boleh bersama-sama meraikan perayaan masing-masing. Dalam masa ini, kita dapat mengetahui perayaan, budaya kaum lain. Sebagai contoh, orang Melayu sebelum meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri perlu puasa sebulan. Hal ini kerana puasa ad
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK Faktor Ekonomi Kolonial Perkembangan pesat perusahaan bijih timah dan getah Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah telah menarik minat orang Cina ke negara ini. Selain itu, perkembangan yang pesat dalam perusahaan getah di Tanah Melayu pula menarik minat orang India ke negara Malaysia. Hal ini kerana perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan tenaga buruh semakin tinggi. Kegiatan Ekonomi yang berbeza Ketiga-tiga kaum telah melibatkan diri dalam sektor ekonomi yang berlainan. Orang-orang Melayu telah melibatkan diri dalam sektor pertanian iaitu sebagai petani dan nelayan. Selain itu, orang-orang Cina pula melibatkan diri dalam sektor perlombongan bijih timah dan perniagaan. Seterusnya, orang-orang India pula menjadi buruh di ladang getah dan estet. Petani (Orang Melayu) Perlombongan bijih timah (Orang Cina) Buruh ladang getah (Orang India) Fa
KESIMPULAN Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, le
Ulasan
Catat Ulasan