KESIMPULAN

KESIMPULAN


Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.  




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK