FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Faktor Ekonomi Kolonial

  • Perkembangan pesat perusahaan bijih timah dan getah
Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah telah menarik minat orang Cina ke negara ini. Selain itu, perkembangan yang pesat dalam perusahaan getah di Tanah Melayu pula menarik minat orang India ke negara Malaysia. Hal ini kerana perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan tenaga buruh semakin tinggi. 

  • Kegiatan Ekonomi yang berbeza
Ketiga-tiga kaum telah melibatkan diri dalam sektor ekonomi yang berlainan. Orang-orang Melayu telah melibatkan diri dalam sektor pertanian iaitu sebagai petani dan nelayan. Selain itu, orang-orang Cina pula melibatkan diri dalam sektor perlombongan bijih timah dan perniagaan. Seterusnya, orang-orang India pula menjadi buruh di ladang getah dan estet.


Petani (Orang Melayu)

Perlombongan bijih timah (Orang Cina)

Buruh ladang getah (Orang India)


Faktor Sosial

  • Corak penempatan yang berbeza 
Ketiga-tiga kaum ini mendiami di tempat yang berbeza. Orang-orang Melayu mendiami di kawasan perkampungan dan pinggir-pinggir bandar. Selain itu, orang-orang Cina pula tinggal di kawasan perlombongan dan kemudiannya berkembang menjadi bandar-bandar utama. Contohnya, Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Seremban. Seterunya, orang-orang India pula menetap di kawasan ladang getah dan estet. Orang-orang India ini adalah kumpulan yang paling kecil berbanding dengan orang Melayu dan Cina.

Penang Murals Street Art

Surname Jetty berada di Pulau Pinang
Surname Jetty ini adalah seawal abad ke 19. Apabila orang Cina berhijrah dari China ke Pulau Pinang, mereka memilih tinggal bersama mengikut nama keluarga mereka.Oleh itu, Surname Jetty telah dibina. Setiap jambatan adalah mengikut nama keluarga. Pada asalnya terdapat 8 jambatan nama keluarga di Pulau Pinang, sehingga tahun 2005. Sekarang hanya tinggal 6 jambatan.

  • Sistem pendidikan
Sistem pendidikan bermula pada abab ke-19. Semua pendidikan menegaskan pengetahuan dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. 
  1. Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu adalah untuk orang Melayu sahaja. Pada awal, pendidikan Melayu hanya diperingkat rendah sahaja. Guru-gurunya adalah terdirir daripada orang Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa penghantar dalam pendidikan Melayu. Kebanyakan sekolah aliran Melayu ini dibina di kampung atau di luar bandar. Selepas kelulusan Laporan Barnes, pendidikan Melayu  telah melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi.
        
        2. Pendidikan Cina

Pendidikan Cina adalah untuk orang Cina sahaja. Guru-guru dan buku teks adalah diimport dari negara China. Pembelajaran yang dijalankan adalah mengikut pembelajaran di negara China. Bahasa penghantarnya ialah Bahasa Mandarin. Kebanyakan sekolah aliran Cina dibina di kawasan perlombongan. Apabila kelulusan Laporan Barnes pendidikan Cina telah bertukar kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran kebangsaan.

        3. Pendidikan Tamil

Pendidikan Tamil adalah untuk orang India sahaja. Pada awal, pendidikan Tamil juga mempunyai peringkat rendah sahaja. Guru-guru dan buku teks adalah dari ngera India. Bahasa penghantarnya ialah Bahasa Tamil. Kebanyakan sekolah aliran Tamil dibina di ladang-ladang getah dan estet. Selepas kelulusan Laporan Barnes, sekolah aliran Tamil telah bertukar kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran kebangsaan.

Faktor Politik

  • Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British
Dasar pecah yang dilaksanakan oleh British telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini hidup terpisah anatara satu sama lain. Tujuan British adalah untuk mengelakkan sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Brtish menetapkan orang Melayu dalam sektor pertanian untuk mengelakkan bekalan makanan di Tanah Melayu tidak terjejas. Seterusnya, orang Cina dan orang India dibawa masuk ke Tanah Melayu dapat mengelakkan kekurangan tenaga buruh dalam sektor perlombongan dan ladang getah. Orang Cina menlibatkan diri dalam perlombongan bijih timah manakala orang India menjadi buruh di ladang getah dan estet. Peranan ini ditentukan untuk setiap kaum supaya dapat memastikan mereka tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

KESIMPULAN